Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Petunjuk Petunjuk Untuk Kesempurnaan 6 - page 72

PETUNJUK-PETUNJUK UNTUK  KESEMPURNAAN (6)


Dan di bidang ilmu pengetahuan yang boleh kita berasa bahagia ialah penemuan kita akan diri sendiri dan oleh kerananya pula kita telah dapat mempunyai dan menguasai tenaga ghaib atau metaenergy. Metaenergy yang kita telah dapat temui dan punyai itu, berasal atau keluar dari susunannya rohani kita yang tak dapat dilihat dengan langsung.


Tenaga ghaib ini berdasarkan Bapak Dr. Paryana Suryadipura dalam buku "Alam Fikiran" nya pada hakikatnya lebih tinggi dera darjatnya dari atomic energy.  


Pangkalnya; elektron hidup, bion. Bebas dari segala ikatan. Dapat bergerak dengan kemahuan sendiri dan dengan kecepatan kilat. Menjadi bahagian dari makhluk hidup, oleh kerana itu (energy) tenaga yang hidup aktif kerana mempunyai fikiran dan budi pekerti. Dapat dikerah atas tekanan kemahuan yang teguh. Dapat bertindak di luar benda hingga dapat meluas keseluruhan alam.

Meta-energy ini dapat pula meruntuhkan susunan atom (dematerialisatic). 


Berhubung dengan itu, maka dengan meta-energy kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idam-idamkan dan oleh kerana tiap orang mempunyai meta-energy
dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh maka tiap-tiap orang dapat mencapai semua cita-citanya.


Untuk dapat mengetahui benar tidaknya uraian atau pendapat Bapak Dr. Paryana itu dan untuk dapat mengetahui benar atau tidaknya meta-energy yang kita perdapat itu, untuk menyesuaikan dengan apa yang diucapkan Bapak Dr. Paryana itu hendaklah kita mengadakan percubaan-percubaan (testing) dengan berani mengambil risikonya sehingga kebenaran-kebenaran itu menjadikan suatu perbuatan atau tindak laku yang meyakinkan bagi kita hendaknya.


Sekarang timbul pertanyaan, tidakkah kiranya melemahkan kepada diri kita dengan pemakaian tenaga-tenaga rohani itu? Bagi orang yang belum dapat mengerti dan yang belum dapat mempunyai tenaga ghaib yang dimaksud, apalagi belum tahu cara bekerjanya tenaga ghaib itu, tentu menjadikannya suatu pertanyaan besar baginya dan sulit untuk menjawabnya, apalagi pekerjaan ini sesuatu yang tak masuk akal dan menakjubkan kalau bisa kejadian.


Bagi mereka yang mahu meningkatkan ilmu pengetahuannya di bidang ini (metafizik - ilmu kebatinan - ilmu latifah) dapat kami menerangkan bahawa adalah sifat bekerjanya tenaga itu semenjak dari dalam batang tubuh kita yang berpangkalan dari kumpulan zat hidup lagi sempurna ialah berbuat dengan sendirinya (automatis) dan yang tak boleh dilupakan untuk diketahui, dia mempunyai fikiran dan budi pekerti. 


Dan untuk diketahui pula adalah zat-zat hidup yang ada pada kita itu, tidak sahaja ada pada kita, dimaksud di diri kita sahaja, melainkan juga banyak di luar. Sifat automatisnya itu, kalau kita mengerti apalagi tahu membawanya tidak akan melemahkan kita, kerana sungguh pun sama kita dia hanya sedikit dalam pengertian atau dugaan, tetapi di luarnya di alam yang maha luas ini, sangat banyak bilangannya.


Dengan berpegang teguh pada tali-tali dan jalan-jalan yang telah ditemui itu bererti pula kita telah berdiri di bidang rohani. Dan dengan telah bertemunya kita yang tergantung maka kita temuilah pula diri kita sendiri.


Sebermula dalam perjalanan kita, kita temui jalan. Setelah jalan itu kita turutkan dengan tujuan untuk mencari diri, di tengah perjalanan kita temui tali-tali yang kami namakan bertali tiada tergantung, dan pada perjalanan seterusnya kita temui yang tergantung tiada bertali,yang kami katakan itulah diri kita.



Perjalanan dari luar ke dalam yang telah kita lakukan itu ialah perjalanan untuk mengenal diri. Terdiri dari apa itu diri? Untuk dapat menjawabnya hendaklah kita teruskan penelitian kita mengenal diri sendiri itu. Setelah kita dapat melakukan dari luar ke dalam sampai kita dapat menemui yang tergantung tiada bertali, kita lakukanlah pula perjalanan dari dalam ke luar. 


Perjalanan kita itu dilakukan dari diri sendiri yang telah ditemui, yang sama juga kalau diartikan titik tolak kita dari yang tergantung tiada bertali. Dengan menurutkan kembali jalan yang telah menjadi pegangan kita itu maka dalam perjalanan kita akan menemui pula yang bertali tiada tergantung, dan kalau diteruskan perjalanan yang bertali-tali itu sambil mengadakan penelitian, maka tibalah kita pada saat kita menembus alam sendiri atau badan diri kita. 


Penelitian kita yang saksama pada tali-tali yang tiada tergantung dalam perjalanan untuk menuju keluar (menembus dinding sendiri), maka kita akan dapat merasakan dengan beransur tetapi pasti, pintu-pintu akan terbuka melalui hujung-hujung tali-tali itu dan kalau ini telah terjadi maka kita akan dapat merasakan ini melalui hujung jari-jari kita. 






No comments:

Post a Comment